※Nota STPM※ ▶PANDUAN MENULIS KESIMPULAN ESEI SUBJEK BM◀
Hi, selamat kembali ke blog saya.
Hari ini, blogger ingin menghabiskan bahagian terakhir bagi panduan penulisan esei bahasa melayu, iaitu bahagian kesimpulan esei.
Sebelum memulakan perkongsian teknik penulisan kesimpulan, blogger ingin mengkongsikan ciri-ciri kesimpulan esei yang baik dahulu.
Hal ini kerana, bahagian kesimpulan ini sering diabaikan dan dianggap tidak begitu penting oleh para pelajar. Namun, anggapan ini adalah tidak benar dan hal ini turut mengakibatkan banyak pelajar memperoleh markah yang tidak memuaskan dalam esei bm disebabkan kesimpulan yang tidak cukup baik.
Ciri-ciri kesimpulan esei yang baik:
- Merumuskan topik dan tugasan esei secara umum
- Menyatakan harapan dan cadangan tentang topik esei
- Tidak memasukkan idea baharu
Kriteria-kriteria kesimpulan esei yang perlu ada:
- Kesimpulan Umum
- Cadangan
- Harapan
TEKNIK MENULIS KESIMPULAN-TEKNIK KCAHH
Teknik KCAHH: KAK CARI ADIK HARI-HARI
Ayat
|
KCAHH |
Contoh Penanda Wacana |
A1 |
Kesimpulan
KAK |
Kesimpulannya… Keseluruhannya… Konklusinya… |
A2 |
Cadangan (Penanda wacana + pihak + harus/perlu/patut/wajar/hendak…)
CARI |
Menyedari
kepentingan ini…. Oleh
hal yang demikian… Sewajarnya… Sehubungan
itu… |
A3 |
Ancaman
ADIK |
Jika
isu ini tidak diatasi, tidak mustahillah… Jika tidak... |
A4 |
Huraian
Ancaman
HARI |
Ikut
kesesuaian. |
A4 |
Harapan
HARI |
Semoga… Diharapkan… Sesungguhnya… Kita
percaya… |
Contoh Kesimpulan menggunakan Teknik KACHH:
Tema - Permainan
Video
Tugasan - Kesan
permainan video
CONTOH KESIMPULAN |
|||
Ayat |
KCAHH |
Binaan ayat |
Jumlah Patah
Perkataan |
A1 |
Kesimpulan |
Kesimpulannya, permainan video bukan sahaja mendatangkan kesan negatif
kepada masyarkat, namun terdapat juga banyak kesan positif yang dapat kita
peroleh. |
20 |
A2 |
Cadangan |
Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu bijak
untuk menguruskan masa dalam bermain permainan video dengan baik. |
16 |
A3 |
Ancaman |
Jika tidak, pastinya anggota masyarakat akan menerima kesan buruknya
seperti menjejaskan kesihatan, mengalami ketagihan, merenggangkan hubungan
dengan orang sekeliling dan sebagainya yang telah dibincangkan di atas. |
26 |
A4 |
Huraian
Ancaman |
Dalam hal ini, kemahiran mengawal dan disiplin amat diperlukan oleh
masyarakat dalam penggunaan permainan video. |
15 |
A5 |
Harapan |
Semoga masyarakat
dapat mendisiplinkan diri agar tidak dipengaruhi oleh sifat negatif permainan
video. |
13 |
JUMLAH |
90 |
Kesimpulan Lengkap:
Kesimpulannya, permainan video bukan
sahaja mendatangkan kesan negatif kepada masyarkat, namun terdapat juga banyak
kesan positif yang dapat kita peroleh. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu
bijak untuk menguruskan masa dalam bermain permainan video dengan baik. Jika
tidak, pastinya anggota masyarakat akan menerima kesan buruknya seperti
menjejaskan kesihatan, mengalami ketagihan, merenggangkan hubungan dengan orang
sekeliling dan sebagainya yang telah dibincangkan di atas. Dalam hal ini,
kemahiran mengawal dan disiplin amat diperlukan oleh masyarakat dalam
penggunaan permainan video. Semoga masyarakat dapat mendisiplinkan diri agar
tidak dipengaruhi oleh sifat negatif permainan video.
(90 patah perkataan)
Baik, sehingga sini tamatlah perkongsian panduan penulisan esei bm STPM. Semoga panduan yang tidak seberapa ini sedikit banyak dapat membantu pelajar untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi dalam bahagian esei bm STPM.
See you again.
Comments
Post a Comment