※Tips STPM※ ▶Tips Mengulang Kaji Mengikut Subjek◀
Hi, everyone.
Pada hari ini, blogger mempunyai satu berita baik khas kepada pelajar aliran sains sosial STPM iaitu blogger akan mengkongsikan tips mengulang kaji subjek pengajian am, pengajian perniagaan, ekonomi dan bahasa melayu dalam STPM yang berkesan.
Sebenarnya, kebanyakan pelajar memiliki kebakatan dan potensi untuk cemerlang dalam STPM, namun masalahnya adalah kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui cara atau teknik mengulang kaji yang efektif.
Baiklah, tanpa membazirkan masa, jom kita mula sekarang.
TIPS MENGULANG KAJI SUBJEK STPM
#1. PENGAJIAN AM
1. Lakukan soalan objektif tahun lepas dan percubaan sebanyak mungkin
2. Menganalisis soalan struktur menggunakan soalan tahun lepas dan hanya membaca apa yang penting dan berkemungkinan besar keluar dalam peperiksaan sebenar sahaja.
Selain itu, pelajar juga boleh cuba buat atau terus mencari senarai checklist QNA struktur dalam group telegram pengajian am
3. Bagi bahagian esei, pelajar boleh terus membaca isi sahaja,huraian boleh goreng sendiri.
Bagi blogger, saya akan menyusun esei mengikut pelbagai bidang topik iaitu politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi, wawasan 2020, rukun negara, dan lain2.
Selepas itu, membaca esei 1-2 bidang sehari. Selepas habis baca, saya akan mencatat isi dalam buku untuk menjadikan nota. Sebelum peperiksaan, sekadar membaca nota sudah cukup ✍
4. Graf sem 2 dan 3 tiada apa-apa cara khusus, pelajar hanya perlu meletakkan fokus 100% dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Selepas itu, buatlah sebanyak mungkin soalan graf untuk memastikan anda adalah menguasai kemahiran melakarkan graf dengan sepenuhnya.
#2. PENGAJIAN PERNIAGAAN
1. Baca 1 fakta dan 1 huraian sudah mencukupi.
2. Jangan buat sekali baca habis 1 bab, sekali membaca 3 hingga 4 atau 5 hingga 6 subtopik sudah cukup mengikut kemampuan masing-masing.
3. Selepas membaca 3-4/5-6 subtopik,menutup buku dan mencatat semula fakta dan huraian yang diingati dalam buku nota
4. Semak dan rujuk kembali buku rujukan untuk menyemak apa kandungan yang tertinggal dan tambah balik dalam buku nota
5. Tutup buku sekali lagi, sebut keluar apa yang diingati dalam otak dan rujuk semula buku rujukan.
Jika terdapat apa-apa kandungan yang tertinggal lagi, membuat satu tanda di tepi kandungan tersebut untuk mengingatkan diri supaya memfokuskan kandungan tersebut semasa mengulang kaji.
Mengulangi lagi step ini sehingga berjaya mengingat semua kandungan baru sambung untuk membaca subtopik seterusnya
6. Blogger juga cipta 1 tip yang tersendiri.
Saya tahu kebanyakan pelajar adalah lebih lemah dalam bahagian kajian kes. Biasanya, mereka tidak mampu untuk mencari kait kes yang tepat dalam petikan.
Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan pelajar agar tidak menyusahkan diri untuk mencari kait kes yang benar-benar tepat.
Pelajar dicadangkan untuk terus mencari semua kait kes yang dianggap berkaitan dengan kehendak soalan dan terus memasukkan kait kes tersebut dalam jawapan tanpa kira betul atau salah.
Hal ini adalah kerana, kait kes yang salah tidak akan menolak markah.
Dengan demikian, pelajar tidak akan terlepas apa-apa kait kes yan betul.
Masalahnya, cara ni amat membazirkan masa.
Oleh sebab itu, pelajar perniagaan perlu melatih membiasakan diri untuk menulis dengan cepat.
☞Biar Banyak, Jangan Terlepas
#3. EKONOMI
1. Ingat dan faham setiap formula supaya dapat mengaplikasikan formula tersebut dalam soalan pengiraan
2. Buat sebanyak mungkin soalan objektif dan kuantitatif
3. Membaca esei menggunakan cara menghafal yang diaplikasikan dalam subjek pengajian perniagaan
4. Fahami graf betul-betul dan memastikan trend bagi setiap jenis graf adalah difahami dengan sepenuhnya
#4. BAHASA MELAYU
1. Pada pendapat blogger, BM agak senang sebenarnya. Pelajar hanya perlu fokus sepenuhnya apabila cikgu mengajar
2. Bagi sem 1, pelajar perlu benar-benar menguasai cara penulisan esei yang betul
Anda juga boleh klik link yang dilampirkan di bawah untuk merujuk panduan-panduan penulisan esei bahasa melayu STPM yang pernah dikongsikan oleh blogger sebelum ini ya.
☛PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN ESEI SUBJEK BM
☛PANDUAN MENULIS ISI ESEI SUBJEK BM
☛PANDUAN MENULIS KESIMPULAN ESEI SUBJEK BM
3. Buat soalan objektif tahun lepas sebanyak mungkin. Cara ini adalah sesuai untuk setiap sem, terutamanya sem 2. Dengan cara ini, blogger berjaya menjawab betul 30/30 soalan dalam peperiksaan sebenar
4. Sem 3 susah sedikit berbanding dengan sem 1 dan 2, jadi dicadangkan pelajar agar belajar sebaik mungkin dalam sem 1 dan 2. Sem ini merupakan satu-satunya sem yang saya tidak memperolah gred A dalam subjek BM.
Setakat itu sahaja perkongsian daripada saya pada hari ini.
Terima kasih dan jumpa lagi.
Comments
Post a Comment