※Nota STPM※ ▶PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN ESEI SUBJEK BM◀
Hi guys, the hardwork bear come back again.
Terdapat satu berita baik kepada pelajar STPM yang mengambil subjek BM iaitu blogger ingin mengkongsikan sedikit panduan menulis pendahuluan esei BM untuk pelajar STPM pada hari ini.
Untuk makluman anda sekalian, terdapat 3 markah untuk bahagian pendahuluan ini.
Jadi untuk mendapat markah penuh bagi bahagian ini, terdapat 3 elemen yang perlu dimasukkan dan diterangkan dengan baik dalam bahagian ini iaitu isu/konsep, huraian dan tugasan.
Isu/konsep-Penerangan secara umum tentang tema atau topik perbincangan besar. Pelajar boleh memasukkan definisi, data, statistik yang berkenaan.
Huraian-Penerangan secara terperinci tentang topik perbincangan besar.
Tugasan-Kaitkan topik perbincangan dengan arahan atau kehendak soalan. Contohnya, kepentingan, kebaikan, keburukan, langkah, kesan dan lain-lain.
Ciri-ciri pendahuluan esei yang bagus:
- Gambaran umum tentang isu atau fokus soalan dinyatakan.
- Tidak mencampuradukkan isi karangan dengan ayat pendahuluan.
- Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu pendek.
- Panjang pendahuluan perlu kurang daripada 90 patah perkataan.
TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN-TEKNIK MSCKT
Teknik MSCKT: MAK SAYA CAKAP KENA TABAH
Ayat |
MSCKT |
Contoh penanda
wacana |
A1 |
Mukadimah (sebut isu secara umum) MAK |
Pada realitinya, … Umum mengetahui bahawa
… Memang tidak dapat dinafikan
… |
A2 |
Sebab (mengapa) SAYA |
Hal ini dikatakan
demikian kerana … Hal ini menyebabkan … |
A3 |
Contoh CAKAP |
Terdapat beberapa kes,
seperti … Sebagai contoh, … Misalnya, … |
A4 |
Kesan KENA |
Hal ini telah
menyebabkan … Hal ini sudah tentu
akan … Hal ini akan
menimbulkan … |
A5 |
Tugasan TABAH |
Oleh sebab itu, … Oleh hal yang demikian,
… Sehubungan dengan itu,
… Persoalannya, … |
Contoh Pendahuluan menggunakan teknik MSCKT:
CONTOH
PENDAHULUAN |
|||
Ayat |
MSCKT |
Binaan ayat |
Jumlah Patah Perkataan |
A1 |
Mukadimah |
Umum mengetahui bahawa semakin banyak
negara yang berebut-rebut untuk menganjurkan kejohanan sukan di pingkat
antarabangsa. |
15 |
A2 |
Sebab |
Hal ini dikatakan demikian kerana,
banyak manfaat yang dapat negara peroleh melalui penganjuran kejohanan sukan
di peringkat antarabangsa. |
18 |
A3 |
Contoh |
Misalnya, Sukan Olimpik 2008 telah
mendatangkan berbilion-bilion keuntungan kepada negara penganjurnya iaitu
China pada tahun berkenaan. |
16 |
A4 |
Kesan |
Hal ini sudah tentu akan membawa
kemajuan yang mendadak ekonomi negara serta meningkatkan pendapatan negara. |
15 |
A5 |
Tugasan |
Persoalannya, apakah manfaat yang akan
diperoleh sekiranya Malaysia berpeluang untuk menganjurkan kejohanan sukan berperingkat
antarabangsa. |
15 |
JUMLAH |
79 |
Pendahuluan Lengkap:
Umum
mengetahui bahawa semakin banyak negara yang berebut-rebut untuk menganjurkan
kejohanan sukan di pingkat antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana,
banyak manfaat yang dapat negara peroleh melalui penganjuran kejohanan sukan di
peringkat antarabangsa. Misalnya, Sukan Olimpik 2008 telah mendatangkan
berbilion-bilion keuntungan kepada negara penganjurnya iaitu China pada tahun
berkenaan. Hal ini sudah tentu akan membawa kemajuan yang mendadak ekonomi
negara serta meningkatkan pendapatan negara. Persoalannya, apakah manfaat yang
akan diperoleh sekiranya Malaysia berpeluang untuk menganjurkan kejohanan sukan
berperingkat antarabangsa.
(79 patah perkataan)
Comments
Post a Comment