※Nota STPM※ ▶PANDUAN MENULIS ISI ESEI SUBJEK BM◀
- Hi, semua.
Blogger telah mengkongsikan panduan menulis pendahuluan esei pada post sebelumnya, jadi blogger ingin sambung untuk mengkongsikan panduan menulis isi esei pada hari ini.
Pertama sekali, blogger ingin mengkongsikan cara untuk mengenal pasti kehendak soalan dan cara menjawab.
Panduan menjawab:
Bincangkan/ Huraikan / jelaskan / terangkan
- Hurai/jelaskan tajuk dengan kemukakan isu-isu yang relevan.
Berikan ulasan / pandangan / pendapat tentang ...
- Kemukakan pendapat dengan tajuk atau pernyataan yang diberikan.
Berikan cadangan
- Berikan cadangan atau idea yang belum dilaksanakan oleh mana-mana pihak.
- Cadangan boleh terdiri daripada idea baharu, idea penambahbaikan atau kedua-duanya.
Bahaskan.
- Berikan pendirian anda tentang sesuatu isu.
Bersetujukah anda
- Berikan pendirian sama ada secara bersetuju atau tidak bersetuju. Boleh juga bersetuju separuh (partially agree).
Sejauh manakah ...
- Berikan pendirian dan kemukakan idea.
Tips: Elakkan memilih soalan sejauh manakah, bahaskan dan bersetujukah anda kerana ketiga-tiga soalan ini adalah lebih susah unruk menjawab.
Seterusnya, blogger ingin mengkongsikan cara untuk memulakan sesuatu isi dengan lancar. Hal ini dikatakan demikian kerana, blogger mendapati bahawa banyak pelajar adalah agak lemah untuk memulakan sesuatu isi dalam penulisan esei mereka.
Cara memulakan isi:
- Diri Sendiri
- Keluarga/ Ibu Bapa
- Pihak Sekolah
- Rakan Sebaya
- Media Massa
- Masyarakat
- Kerajaan
- Pihak Swasta
Cara menghuraikan isi:
- Memang tidak dinafikan bahawa....
- Memang tidak dapat disangka lagi...
- Ternyata bahawa...
- Hal ini dikatakan demikian kerana ... (Mengapa)
- Hal ini berlaku kerana ... (Mengapa)
- Dalam hal ini ... (Bagaimana)
- Misalnya...
- Contohnya...
- Tamsilnya...
- Sebagai contoh....
- Terdapat beberapa kes/ contoh, seperti ...
- Hal ini menyebabkan/ mengakibatkan/ menjadikan ...
- Kesannya,... / Impaknya... / Maka, ...
- Hal ini sudah tentu akan ...
- Jelaslah bahawa...
- Tuntasnya...
- Tegasnya...
- Ringkasnya...
- Pendek kata...
- Secara ringkas...
Contoh penggunaan cara di atas dalam isi esei:
BINAAN PERENGGAN ISI |
||
Ayat |
Binaan Ayat |
Jumlah Patah Perkataan |
Ayat Topik |
Memang
tidak disangkal lagi bahawa usaha yang patut dilakukan
oleh kerajaan ialah menganjurkan pelbagai program khas. |
16 |
Ayat Huraian |
Hal
ini dikatakan demikian kerana program sebegini dapat
mencungkil bakat atau potensi yang terdapat dalam diri setiap atlet. |
18 |
Ayat Contoh |
Contohnya,
program-program seperti Super League, Program Badminton dan Champion One harus
diadakan dengan lebih banyak lagi. |
16 |
Ayat Huraian Contoh |
Kesannya,
jurulatih dapat membantu untuk menganalisi prestasi atlet sekali gus
mencungkil bakat seseorang atlet. |
14 |
Ayat Penegas |
Jelaslah
bahawa penganjuran program sukan mampu memaksimumkan
potensi seseorang atlet. |
10 |
Jumlah |
74 |
Perenggan Isi Lengkap:
Memang tidak disangkal lagi bahawa usaha yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah menganjurkan pelbagai program khas. Hal ini dikatakan demikian kerana program sebegini dapat mencungkil bakat atau potensi yang terdapat dalam diri setiap atlet. Contohnya, program-program seperti Super League, Program Badminton dan Champion One harus diadakan dengan lebih banyak lagi. Kesannya, jurulatih dapat membantu untuk menganalisi prestasi atlet sekali gus mencungkil bakat seseorang atlet. Jelaslah bahawa penganjuran program sukan mampu memaksimumkan potensi seseorang atlet.
(74 patah perkataan)
Baiklah, setakat itu sahaja perkongsian pada hari ini dan semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan pelajar yang sedang mengambil kursus bahasa melayu dalam STPM.
Meskipun cara yang dikongsikan di atas adalah kelihatan senang dan mudah sahaja, tetapi ia amat membantu. Dengan menggunakan cara ini, blogger telah berjaya memperoleh A bagi subjek Bahasa Melayu dalam STPM.
Jumpa lagi dan bye~ |
Comments
Post a Comment