※Cara Menguatkan Ingatan※ ▶4 TEKNIK INGAT YANG BERKESAN UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PEMBELAJARAN◀
Adakah anda sentiasa berasa agak sukar untuk mengingat sesuatu pengetahuan yang mengakibatkan anda prestasi tidak memuaskan dalam peperiksaan?
Adakah anda mengalami masalah kehafalan yang menyebabkan anda sering berasa ketakutan dan hilang keyakinan diri?
Hari ini, blogger akan kongsikan 4 teknik mengingat yang sedang diamalkan oleh blogger.
Blogger yakin bahawa dengan menguasai 4 teknik mengingat ini, ia pasti akan membantu pelajar untuk lebih cekap dalam pembelajaran, peperiksaan dan pelaksanaan tugasan !
#1. Kaedah Ingatan Menggunakan Warna
4 warna ini ada penggunaanya tersendiri dalam teks, bukan sekadar highlight sesuka hati je guna apa2 warna.
Berikut adalah cara penggunaan warna untuk menandakan isi penting oleh blogger:
warna merah digunakan untuk tandakan isi-isi yang senang difahami
warna hijau digunakan untuk tandakan isi yang kurang faham atau kurang diingati
warna kuning digunakan untuk tandakan isi yang diingati tapi tidak faham langsung
warna biru pula digunakan untuk tandakan isi yang tiada tanggapan langsung dan sukar difahami
Maka, blogger boleh mengetahui bahawa bahagian manakah yang perlu difokus.
Lepas tu, blogger akan mengulang kaji berdasarkan urutan warna biru > kuning > hijau > merah.
Isi yang ditandakan dengan warna biru dan kuning perlu dibaca berulang kali.
Isi yang ditandakan dengan warna merah dan hijau pula tidak perlu membaca terlalu lama.
PS: Jangan tergesa-gesa untuk menandakan semua warna pada kandungan yang ingin anda ulang kaji, lebih baik belajar langkah demi langkah secara beransur-ansur~
Contohnya, lepas 2-5 muka surat tanda sekali, bukannya tandakan satu bab buat sekali. Terlalu berat untuk ulang kaji.
#2. Gunakan peta minda (mind-mapping) / gambar rajah
Biasakan diri dengan peta minda.
Dalam pembentukan peta minda, terdapat 3 steps yang perlu dilakukan iaitu seperti yang berikyt:
- Ulang kaji suatu bab atau topik besar secara umum dahulu
- Kemudian baca sub topik dengan lebih terperinci bagi bab tersebut
- Akhirnya rumuskan semua pengetahuan itu dan jadikan ia sebagai satu peta minda (boleh sesuaikan peta minda tersebut dengan kaedah yang diterangkan di atas ini iaitu menandakan isi-isi penting menggunakan warna).
Kaedah ini adalah berkesan untuk merumuskan kandungan yang rumit dan banyak dengan ringkas.
Sebenarnya, berbanding dengan teks, imej atau peta minda adalah lebih mudah untuk kita ingati, jadi biasalah diri dengan melukis atau melakar peta minda.
Semasa blogger belajar pada waktu sekolah rendah dahulu, guru blogger pernah memperkenalkan juga suatu kaedah peta minda iaitu Peta Pemikiran (i-Think) yang merangkumi 8 jenis peta.
Namun, blogger galakkan pelajar untuk memperkembangkan kreativiti masing-masing dalam pembentukan peta minda, janganlah bergantung kepada 8 jenis peta tersebut sahaja.
Jadi, kembangkanlah kreativiti masing-masing untuk menjana suatu peta minda.
Namun, bagi pelajar yang kurang idea untuk membentuk peta minda, boleh juga rujuk penerangan dan template peta pemikiran (i-Think) di bawah ini juga.
Lihat juga:
8 jenis peta pemikiran i-think
Penerangan dan Template peta pemikiran i-Think
#3. Teknik Feynman
Secara ringkasnya, cara pembelajaran menggunakan teknik Feynman merangkumi 4 langkah iaitu seperti yang berikut:
1. Menetapkan topik dan objektif pembelajaran
Mengenal pasti topik yang hendak dibaca dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Selepas itu, mencari atau meneroka bahan-bahan bacaan tentang topik itu,
2. Menganggap diri sebagai seorang "pengajar"
Membaca topik yang telah dipilih. Seterusnya, gunakan imaginasi anda sebaik mungkin. Bayangkan diri anda sebagai seorang "pengajar" dan tulis semula atau cakap keluar apa yang telah dipelajari. Jika terdapat bahagian yang kurang kuasai, baca semula bahagian tersebut semula (review) dan mengajar semula. Ulang langkah ini sehingga segala pengetahuan dikuasai sepenuhnya.
3. Rumuskan dan ringkaskan
Dalam langkah ini, anda perlu merumuskan dan meringkaskan pengetahuan yang dipelajari dalam bahasa yang lebih mudah untuk difahami. Namun, anda perlu memastikan pengetahuan yang diringkaskan tersebut mengekalkan kelogikan dan kerelevanannya.
Tips: Elakkan guna istilah khusus
4. Mengajar orang lain (Optional)
Demi mengukuhkan pengetahuan dalam minda kita, carilah rakan anda sebagai "pelajar" anda dan ajarkan mereka pengetahuan yang telah anda pelajari. Dengan itu, rakan anda boleh memberikan sedikit komen kepada anda untuk membantu anda lebih memahami penguasaan anda.
Namun, langkah ini hanya langkah optional sahaja, jadi jika anda merasai anda telah kuasai sepenuhnya, langkah ini boleh diabaikan ya.
Lihat juga:
Teknik Feynman: 4 langkah belajar dengan betul supaya anda tak akan lupa sesuatu ilmu
Teknik ini bantu anda belajar lebih cepat ingat lebih kuat
#4. Teknik ingatan sebelum tidur
Sebelum tidur, mengimbas kembali apa yang telah anda pelajari hari ini dan apa yang anda ingati dalam fikiran anda.
Selepas anda bangun keesokan harinya, anda akan mendapati bahawa pengetahuan yang telah dipelajari pada hari sebelumnya sudah kukuh dalam minda anda.
Info Tambahan
Terdapat 4 tempoh masa yang merupakan waktu keemasan manusia untuk mengingati pada kehidupan seharian kita yang sesuai kepada pelajar untuk belajar.
Di bawah ini, blogger kongsikan 4 tempoh masa keemasan tersebut:
1. 6 - 7 am
Tempoh masa yang paling sesuai untuk membaca dan mengulang kaji kerana otak manusia adalah paling cerdas dan segar dalam tempoh sejam ini.
2. 8 - 10 am
Tempoh masa yang sesuai untuk membuat soalan latihan terutamanya soalan yang perlu memeras otak seperti soalan matematik kerana mood manusia dalam tempoh masa ini adalah paling "excited"
3. 6 - 8 pm
Tempoh masa yang sesuai untuk review pengetahuan yang telah dipelajari sepanjang hari kerana dalam tempoh masa ini, pemikiran manusia adalah paling jelas.
4. Selepas 9 pm
Selepas 9 pm, pelajar boleh merelakskan diri dan menggunakan teknik ingatan sebelum tidur yang diterangkan di atas ini untuk mengimbas kembali pengetahuan yang dipelajari.
Rujukan:
- The Feynman Technique: The Best Way to Learn Anything fs.blog
- The Feynman Technique Model mattyford.com
- Learning From the Feynman Technique - Taking Note medium.com
Okay, semoga dengan teknik-teknik yang dikongsikan di atas ini akan memanfaatkan para pelajar dalam pembelajaran masing-masing.
Jangan lupa subscribe blog dan telegram saya ya. Bye.
good
ReplyDelete