※Cara Menjimatkan Wang Dalam Pembelajaran※ ▶CARA REFILL INK CATRIDGE UNTUK PRINTER INKJET◀


Hi everyone, the hardwork bear come back again.

Sebagai seorang pelajar, pastilah anda perlu sentiasa mencetak maklumat atau dokumen terutamanya untuk menyiapkan tugasan atau projek. 

Persoalannya, adakah anda berasa tertekan dengan kos cetakan yang mahal? Kini, harga cartridge sudah meningkat banyak berbanding dengan dahulu. Satu catridge paling minimum pun kena RM40. 

Blogger faham akan perasaan anda semua. Pada waktu tingkatan 6, blogger juga mengalami masalah demikian dan akhirnya blogger mendapati bahawa tiada keperluan langsung untuk membeli catridge yang mahal-mahal.

Hal ini demikian kerana, ink catridge boleh refill sendiri je. Tak payah bazirkan wang untuk beli catridge baharu pun.

Maka, di sini blogger akan kongsikan cara refill ink catridge bagi printer canon model E410.  Namun, cara refill bagi kebanyakkan printer dalam pasaran hampir sama je. Jadi, artikel ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memiliki printer model lain.


#1. Bahan dan Alatan Yang Diperlukan

  

  1.  Syringe
  2.  Chisel
  3.  Jarum
  4.  Ink
  5.  Sarung tangan (optional)
  6.  Surat khabar (optional)
  7.  Tisu (optional)
  8.  Sticker atau pelekat dan penggunting(optional)

#2. Step untuk refill ink catridge

1. Mengeluarkan catridge dari printer


Mengeluarkan catridge dari printer dengan berhati-hati dan berlembut-lembut.


2. Tanggalkan sticker di permukaan catridge 



Lepas tanggalkan sticker, anda boleh juga meletakkan surat khabar di atas meja sekiraya takut ink mengotorkan meja atau lantai.


3. Menggali lubang di pertengahan catridge menggunakan chisel



Black catridge hanya mempunyai satu lubang (hole) sahaja di pertengahan catridge. 

Maka, anda hanya perlu menggali satu lubang menggunakan chisel (pelubang catridge) di pertengahan catridge. 

Anda boleh memakai sarung tangan untuk mengelakkan ink mengotorkan tangan anda.

PS: Step ini dilakukan sekali sahaja. Selepas gali lubang buat kali pertama, next time nk refill sudah boleh abaikan step ini kerana setiap kali refill guna kembali lubang yang sama je. 
 


4. Pump ink dari botal ink yang dibeli menggunakan syringe

Melekatkan jarum dengan syringe. 

Selepas itu, pump ink dari botal ink dengan syringe

Biasanya, blogger pump ink dalam range 5mm hingga 9mm mcm tu je. Takut terlebih dan terkeluar, bazirkan ink.



5. Memasukkan ink ke dalam catridge

Selepas siap pump ink, terus masukkan ink ke dalam lubang catridge yang digali tadi dengan perlahan-lahan. 



6. Memadamkan ink yang terkeluar di permukaan catridge jika ada

Sekiranya terdapat ink yang terkeluar di permukaan catridge, padamkan dan bersihkan kotoran dengan tisu.


7. Melekatkan kembali sticker di permukaan catridge

Melekatkan kembali sticker original di permukaan catridge dengan ketat bagi mengelakkan ink terkering. 

Jika sticker original sudah hilang kelekitan (stickiness), gantikan sticker original dengan sticker baru atau pelekat dan penggunting.  



Di atas ini adalah cara refill ink bagi black catridge. Bagi colour catridge, oleh sebab blogger tidak banyak menggunakan colour catridge, jadi blogger tidak pernah refill ink colour catridge.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 kedudukan lubang (hole) bagi colour catridge yang mewakili 3 warna. 

Di bawah ini, blogger kongsikan 3 kedudukan lubang tersebut:



Biasanya, sebotal ink boleh refill catridge melebihi 10 kali. 

Tekan Sini untuk membeli botal ink yang dicadangkan oleh blogger dalam Shopee.

Fikirlah, sebotal ink hanya RM10-RM20 sahaja tetapi boleh refill berulang-ulang kali, betapa banyak wang yang dijimatkan?

Setakat ini, blogger hanya membeli sebotol ink sekali sahaja pada awal tahun 2020 dan sehingga kini, masih tinggal lagi 1/4 ink dalam botol itu.

Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

---------------------------------------------------------------------------------------


Itu sahaja untuk hari ini. Post seterusnya, blogger akan kongsikan cara untuk menjimatkan ink dalam pencetakan dokumen, sila nantikan ya. Bye.

Comments

Total Pageviews

Followers