Hi semua, lama tak jumpa.
Sila maafkan saya kerana lama tidak memuat naik post yang baharu disebabkan sesetengah faktor kekeluargaan.
Pada masa ini, seiring dengan berlakunya pandemik Covid-19 di negara kita, kebanyakan pelajar kini adalah belajar dalam talian dan hal ini menjadikan keperluan pencetakan pelajar kini adalah sangat tinggi.
Pelajar perlu mencetak banyak nota, tutorial, latihan ataupun kerja kursus bagi menjalankan sesi pembelajaran dalam talian.
Namun, seperti yang diterangkan dalam post yang lalu, ink sekarang adalah agak mahal berbanding dengan masa dahulu. Selain ink, harga kertas pada masa ini juga tidak murah.
Oleh hal yang demikian, blogger berputus untuk mengkongsikan sedikit cara atau tips untuk menjimatkan ink dan kertas apabila mencetak dokumen pada hari ini.
#1. Pilih option 'Draf' untuk kualiti pencetakan
Adakah anda tahu, sebenarnya terdapat 3 option bagi kualiti pencetakan yang boleh anda pilih semasa mencetak sesuatu dokumen?
3 option kualiti pencetakan tersebut adalah draf, standard dan high quality.
Namun, sebenarnya untuk mencetak dokumen biasa seperti nota dan latihan, tidak memerlukan sangat kualiti pencetakan yang tinggi-tinggi.
Bagi blogger, blogger hanya pilih option 'standard' apabila mencetak dokumen yang penting seperti sijil, surat perjanjian, kontrak dan kerja kursus.
Bagi dokumen biasa yang lain, blogger pilih option 'draf' sahaja. Pada pendapat saya, option 'draf' dah memadai untuk dokumen biasa.
Perbezaan draf dengan standard adalah 'draf' lebih cetek inknya berbanding dengan 'standard' tetapi dah cukup jelas.
Jadi, blogger amat menggalakkan para pelajar untuk memilih option 'draf' semasa mencetak nota atau latihan. Boleh jimat sedikit ink.
#2. Gunakan option 'print both page'
Yang tips ini, blogger rasa dah banyak pelajar tahu dan sedang menggunakan tips ini dalam pencetakan dokumen.
Namun di sini, blogger ingin menerangkan sedikit lagi untuk tips ini kepada mereka yang tidak mengetahui apakah itu 'print both page'.
Seperti yang kita sedia maklum, sekeping kertas ada dua halaman iaitu halaman muka depan dan halaman muka belakang. Jadi, 'print both page' itu adalah suatu option untuk mencetak di kedua-dua halaman dalam kertas yang dicetak.
Namun, blogger mendapati bahawa masih ramai pelajar yang hanya mencetak satu halaman sahaja bagi satu kertas apabila mencetak dokumen dan halaman muka belakang tinggal kosong begitu sahaja.
Pada pendapat saya, tindakan ini agak membazirkan kerana harga kertas A4 kini juga tidak murah sebenarnya.
Maka, blogger ingin menggalakkan setiap pelajar untuk memilih option 'print both page' sewaktu mencetak.
#3. Beli dan gunakan kertas A4 70 gsm
Untuk pengetahuan anda semua, kertas bukan sahaja mempunyai banyak jenis saiz, ia juga mempunyai banyak jenis keberatan yang berbeza.
Blogger hanya membeli dan menggunakan kertas A4 70 gsm (grams per square meter) kerana ia merupakan kertas yang paling ringan dan juga paling murah.
Penggunaan kertas A4 70 gsm mempunyai dua kelebihan iaitu:
1. Ringan dan nipis
Pelajar kini selalu perlu mencetak dokumen yang agak banyak bilangannya. Jika mencetak menggunakan kertas yang lebih tinggi keberatannya, maka hasilnya akan menjadi sangat tebal dan membazirkan ruang.
2. Murah
Lebih tinggi keberatan kertas, lebih mahal harganya. Untuk kertas A4 70 gsm, harganya adalah dalam lingkungan RM8-10. Blogger biasa membeli kertas A4 70 gsm melalui shopee pada waktu promosi, harganya akan lebih murah sedikit iaitu kira-kira RM7.50 sahaja.
#4. Mencetak secara '2 pg per sheet' atau lebih tinggi
'2 page per sheet' ini adalah satu option untuk mencetak dua muka surat dalam satu halaman.
Option ini juga boleh menjimatkan penggunaan kertas selain tips #2 dan #3.
Selain 2 page per sheet, terdapat juga option lain yang lebih tinggi seperti '4 page per sheet', '6 page per sheet', dan '8 page per sheet'.
Pelajar boleh memilih option tersebut mengikut kesesuaian skala dokumen yang ingin dicetak.
Blogger lebih cenderung untuk mencetak menggunakan option '2 page per sheet' dan '4 page per sheet'.
Namun, kadang-kala blogger juga menggunakan option '6 page per sheet' untuk mencetak dokumen terutamanya nota kuliah atau slides yang berformat PPT.
Akhirnya, pelajar juga digalakkan untuk mencetak dengan menggunakan bentuk 'grayscale'.
'Grayscale' adalah pencetakan dokumen yang berwarna hitam dan putih tanpa warna lain.
Sebenarnya, jarang keperluan untuk pelajar mencetak dengan berwarna-warni dalam pembelajaran dalam talian.
Jadi, blogger amat menggalakkan pelajar untuk menggunakan format 'grayscale' dalam pencetakan dokumen mereka untuk menjimatkan ink warna catridge. Hal ini kerana, ink warna catridge adalah jauh lebih mahal daripada ink hitam.
Namun, jikalau anda adalah pelajar yang mempelajari seni atau lukisan, maka tips ini mungkin boleh diabaikan.
Cara Pilih Option Print Both Page, Grayscale dan Draf:
INFO TAMBAHAN
Untuk dokumen pdf, terdapat lagi satu option yang perlu dipilih untuk menjimatkan ink seperti gambar yang ditunjukkan di bawah:
---------------------------------------------------------------------------------------
Okay, setakat itu sahaja perkongsian daripada saya pada hari ini. Semoga tips-tips yang dikongsikan di atas boleh membawa sedikit sebanyak manfaat kepada para pelajar.
Jumpa lagi.
Comments
Post a Comment