※Tips STPM※ ▶Persediaan Sebelum Masuk Tingkatan 6◀



Selamat kembali, semua.

Kepada mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam tingkatan 6, adakah anda berasa bingung dan bimbang?

Jangan risau, saya merasai perasaan kamu. 

Jadi, pada hari ini, blogger akan mengkongsikan sedikit maklumat tentang persediaan sebelum masuk tingkatan 6 kepada pelajar yang berminat masuk tingkatan 6.



#1. Bahagian Pakaian


Pelajar Lelaki

  • Kemeja (berlengan panjang atau lengan pendek), warna pakaian adalah bebas, tetapi kemeja yang bercorak bunga dan teks tidak dibenarkan. 
  • Hanya baju berjalur atau berkotak-kotak sahaja diterima. Pelajar juga boleh memakai baju Batik.
  • Bahagian hujung baju mesti dimasukkan ke dalam seluar.
  • Pakaian denim adalah dilarang.
  • Lelaki hendaklah memakai seluar sut sehingga paras buku lali. Seluar jeans, seluar pendek atau seluar pelbagai poket tidak dibenarkan.
  • Kasut haruslah kasut bertutup (covered shoes), stokin diperlukan, selipar, sandal atau jenis kasut yang sama tidak dibenarkan.
  • Pakaian tradisional yang lengkap boleh dipakai. Namun, T-shirt tidak dibenarkan.


Pelajar Perempuan

  • Pakaian tradisional Melayu (Baju Kurung), skirt labuh, dan jubah diterima.
  • Jeans, seluar pendek, seluar pelbagai poket, dan legging tidak dibenarkan.
  • Pakaian denim adalah dilarang.
  • Kasut adalah kasut bertutup (covered shoes), dan stokin diperlukan. Semua jenis selipar, sandal atau kasut yang setara tidak dibenarkan di dalam kelas.
  • T-shirt tidak dibenarkan.

Ringkasan Etika Pakaian Pelajar STPM


Ingatan: Apa-apa baju yang mengandungi unsur keganasan, pornografi, tahyul, politik dan imej negatif adalah dilarang sepenuhnya.



#2. Bahagian Alat Tulis


Kertas Graf

Terdapat sesetengah subjek yang memerlukan pelajar untuk melakar graf seperti ekonomi, matematik, dan subjek aliran Sains. 

Namun, setiap pelajar digalakkan untuk menyediakan kerta graf pada waktu semester 2 kerana terdapat bahagian kemahiran melakar graf yang diajar dalam subjek wajib iaitu pengajian am pada semester 2.


Text Pad

Berbeza dengan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, pelajar STPM tidak lagi menggunakan buku-buku latihan yang dibeli daripada koperasi sekolah. 

Pelajar STPM biasanya hanya menggunakan text pad atau foolscap paper dalam kelas.



Penebuk Lubang Kertas

Selepas menggunakan foolscap paper, pelajar biasanya memerlukan penebuk lubang kertas untuk memasukkan kertas ke dalam ring file.

Namun, terdapat juga foolscap paper yang mempunyai lubang sedia ada

Bagi mereka yang malas untuk menebuk lubang, bolehlah terus membeli kertas yang memiliki lubang sedia ada.


Ring File

Ring file adalah amat digalakkan untuk dimiliki oleh setiap pelajar STPM. 

Hal ini kerana, ring file dapat membantu kita untuk menyimpan dan menyusun foolscap paper yang digunakan. 

Terdapat dua jenis ring file iaitu ring file tebal dan ring file nipis.

Pemilihan dan penggunaan jenis ring file adalah bergantung kepada penggunaan kertas setiap subjek. 

Sebagai contoh, blogger hanya menggunakan ring file nipis untuk subjek bahasa melayu dan pengajian am kerana kandungannya tidak begitu banyak

Ring File Nipis

Bagi subjek Muet dan Pengajian Perniagaan, saya menggunakan ring file tebal.

Ring File Tebal

Pada akhir setiap semester, saya akan mengeluarkan semua kertas dalam ring file. 

Selepas itu, pada permulaan semester baharu, ring file tersebut boleh dimasukkan bahan-bahan semester baharu.

Ring

Selain ring file, pelajar juga boleh terus membeli ring ini untuk menyimpan kertas. 

Ring ini harganya sangat murah sahaja, tidak melebih RM1 setiap satu ring. 

Namun, keburukannya adalah tiada cover depan dan belakang yang dapat melindungi kertas. 


Alat tulis lain-lain

Selain alat-alat tulis yang dinyatakan di atas, pelajar juga wajib menyediakan alat-alat tulis biasa yang lazim digunakan seperti kotak pensil, pen, pensil, pemadam, pembaris, kalkulator, beg sekolah dan sebagainya.


#3. Bahagian Aplikasi Mudah Alih


Sepadan dengan pandemik Covid-19, kebanyakan sekolah telahpun memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Maka, terdapatlah banyak Apps yang wajar pelajar memuat turun. 

Apps Untuk Berhubung

  1.  Telegram
  2.  WhatsApp

Apps Untuk Kuiz

  1.  Kahoot
  2.  Quizziz

Apps Untuk Kelas Dalam Talian atau Mesyuarat

  1.  Google Meet
  2.  Zoom
  3.  Microsoft Team
  4.  Webex

Lain-lain Apps

  1.  Google Classroom
  2.  CamScanner 



#4. Bahagian Buku


Bagi bahan bacaan atau buku rujukan, blogger mencadangkan pelajar agar tidak membeli sendiri. 

Tunggu sahaja arahan cikgu kerana mungkin cikgu telahpun menyediakan nota sendiri atau terdapat sesetengah cikgu yang mempunyai permintaan khusus terhadap pemilihan buku rujukan. 

Namun, untuk bahan bacaan tambahan, pelajar boleh merujuk kepada senior untuk mendapatkan buku-buku yang sesuai. 

Selain itu, terdapat banyak juga bahan rujukan dalam laman sesawang yang percuma boleh dimuat turun oleh pelajar.


---------------------------------------------------------------------------------------


Baiklah, sehingga sini habislah perkongsian hari ini. Terima kasih dan jumpa lagi.

Comments

Total Pageviews

Followers