※Tips Belajar※ ▶Tips Membuat Soalan Latihan Secara Berkesan◀



Selamat berjumpa, semua.

Adakah anda sentiasa berasa tidak dapat menguasai ilmu pengetahuan yang diajar sedangkan anda telah membuat banyak soalan latihan?

Baiklah, hari ini blogger akan mengkongsikan cara membuat soalan latihan yang berkesan untuk meningkatkan kecekapan pembelajaran kita.


#1. Buat soalan mengikut tahap kesukaran


Apabila anda membuat soalan latihan, buatlah soalan yang asas dahulu, barulah menjawab soalan yang susah. 

Hal ini demikian kerana, banyak soalan yang susah adalah dikembangkan daripada soalan yang asas.

Maka, jika anda tidak membuat soalan asas dahulu, anda tidak dapat menjawab soalan yang susah tersebut.


#2. Sentiasa berfikir apabila membuat soalan



Semasa anda membuat soalan latihan, anda digalakkan untuk selalu memerah otak yang berfikir.

Kaedah 5W1H

Dalam hal ini, anda boleh menggunakan kaedah 5W1H iaitu Who, Why, Where, When, What, and How.

Contohnya, anda boleh sentiasa tanya kenapa jawapan ini betul dan jawapan itu salah sedangkan anda telah berjaya mendapatkan jawapan yang tepat.

Dengan demikian, anda baru dapat benar-benar menguasai konsep dalam konteks sesuatu pengetahuan dengan sepenuhnya.


#3. Mementingkan kualiti soalan, bukannya kuantiti

Membuat soalan latihan dengan kuantiti yang banyak, tidak bererti anda akan menguasai pengetahuan dengan lebih berkesan. 

Apabila memilih set latihan untuk dibuat, kita perlulah memilih latihan yang soalannya berkualiti dan bertahap tinggi di samping sepadan dengan sukatan pelajaran.

Terdapat banyak pelajar adalah cenderung untuk membuat soalan secara banyak-banyak. 

Sebenarnya, cara ini mudah menjadikan kita berasa letih dan penat.

Maka, kita perlulah membuat soalan yang mencukupi dan sederhana serta berkualiti, bukannya dalam kuantiti yang banyak.


#4. Menetapkan ganjaran dan berehat secukupnya



Jangan sesekali membuat soalan latihan tidak berhenti-henti. 

Tindakan ini sebenarnya akan meletihkan dan memenatkan otak dan badan kita, seterusnya kita akan lebih susah untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Selain itu, jika anda membuat soalan yang tidak terkira-kira, anda berkemungkinan besar akan berasa stres dan leceh, seterusnya anda akan lebih tidak bersemangat untuk belajar dan membuat soalan.

Dalam hal ini, anda boleh menetapkan ganjaran seperti minum susu coklat atau makan gula-gula setelah anda mencapai sasaran yang ditetapkan seperti menyiapkan 4 set latihan.

Sehubungan itu, anda juga hendak memastikan anda berehat secukupnya setelah membuat latihan dalam tempoh yang lama.

Contohnya, anda boleh berehat 10 minit setelah membuat latihan selama sejam.


#5. Membuat rumusan


Anda wajar belajar untuk membuat rumusan setelah membuat soalan latihan.

Dalam hal ini, anda perlu mengumpulkan jenis soalan yang kerap jawab silap serta soalan-soalan yang anda tidak atau kurang pasti jawapannya.

Selepas itu, anda perlu membuat analisis berdasarkan maklumat yang anda kumpulkan tadi.

Seterusnya, anda akan mengetahui punca menjawab silap soalan dan membuat pembetulan sehingga berjaya menguasai cara menjawab soalan tersebut.

Dengan demikian, pengetahuan tersebut dapat diperkukuhkan dalam minda anda,


#6. Menumpukan perhatian sepenuhnya semasa menjawab


Jangan berfikir apa-apa semasa anda menjawab soalan latihan。

Anda harus meletakkan tumpuan sepenuhnya terhadap soalan latihan anda. Sebarang fikiran yang tidak berkenaan harus dielakkan.

Selain itu, apabila anda menemui soalan yang tidak dapat dijawab, sila abaikan soalan tersebut dan terus menjawab soalan seterusnya supaya tidak membazirkan masa.

Anda boleh membuat tanda di tepi soalan yang tidak dapat dijawab. Setelah siap membuat soalan lain, anda boleh menjawab kembali soalan-soalan yang tidak dijawab tersebut berdasarkan tanda itu.


#7. Cari kelemahan


Cari kelemahan anda sendiri iaitu bahagian topik yang banyak dijawab salah atau kurang pasti jawapannya. 

Selepas itu, sila meletakkan lebih banyak tumpuan terhadap bahagian tersebut untuk mengukuhkan kefahaman anda terhadap bahagian tersebut.

Bagi bahagian yang telah dikuasai, anda boleh rujuk dan baca balik kemudian.


#8. Buat langkah demi langkah


Kita perlu bersabar dalam membuat soalan latihan. Untuk soalan yang susah dijawab, jangan cemas dan buatlah langkah demi langkah.

Lambat tidak memberikan pengaruh banyak kepada anda. Sebaliknya, ia membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang soalan tersebut.

Ingatlah, lambat dalam menjawab soalan latihan hanya melambatkan masa anda, tetapi lambat dalam menjawab soalan peperiksaan berkemungkinan besar mengakibatkan anda tidak sempat menyiapkan kertas peperiksaan.


---------------------------------------------------------------------------------------


Blogger percaya, dengan 8 tips di atas, kecekapan anda dalam menjawab soalan akan dipertingkatkan dengan banyak. Kesannya, keputusan peperiksaan yang cemerlang sudah pasti dalam genggaman anda.

Sehingga sini tamatlah perkongsian daripada saya pada hari ini. Terima kasih semua.

Comments

Total Pageviews

Followers