※Tips Hidup Baik※ ▶7 Cara Mengurangkan Stres Dalam Kehidupan◀



Selamat berjumpa, semua.

Pada abad ke-21, kebanyakan orang sibuk bekerja dan belajar sehingga mental mereka sedikit sebanyak mengalami masalah psikologi.

Adakah anda berasa stres dan tertekan akhir-akhir ini?

Jika ya, jangan risau. Pada hari ini, blogger akan mengkongsikan 7 cara untuk mengurangkan stres.


#1. Makan bersama orang sekeliling


Jika boleh, anda digalakkan cuba untuk makan bersama orang sekeliling, jangan memesan makanan dan makan secara bersendirian di meja anda sahaja. 

Tidak kira ahli keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja, dan lain-lain, jemputlah mereka untuk makan bersama-ma.

Dengan demikian, ia bukan sahaja dapat mengeratkan dan merapatkan hubungan antara satu sama lain, tetapi juga dapat menghilangkan rasa kesunyian kita di samping mengurangkan tekanan psikologi kita.


#2. Banyak bergerak semasa bekerja atau belajar

                             

Aktiviti fizikal adalah sesuatu saluran untuk mengembirakan mood kita yang amat berkesan. 

Oleh itu, sebaik sahaja ada masa lapang sewaktu belajar atau bekerja, anda boleh bangun dan berjalan-jalan

Sehubungan itu, anda digalakkan untuk bangun dan bergerak selepas bekerja dalam tempoh yang berpanjangan seperti satu jam.

Walaupun anda sekadar turun ke bawah untuk membeli secawan kopi sahaja, anda tetap boleh mendapat kesan pengurangan stres yang baik.


#3. Cuba berbual-bual dengan orang yang paling erat di sekeliling

                           

Berbual secara aktif dengan orang yang erat di sekeliling anda bukan sahaja boleh merapatkan hubungan sesama lain, tetapi juga boleh membantu anda melepaskan tekanan mental anda. 

Saya percaya, walaupun anda hanya berbual selama 5 minit, anda sedikit banyak masih boleh merasai emosi anda bertukar baik.


#4. Banyak berbuat amal

                            

Berdasarkan ajaran agama baik Islam, Buddha mahupun Hindu, perbuatan amal adalah berkesan untuk memuaskan hati kita sekali gus menghilangkan tekanan mental yang wujud akibat kesibukan bekerja.

Selain itu, perbuatan amal turut boleh membantu kita untuk melupakan ketidakbahagiaan dalam hidup. 

Hal ini kerana, anda akan berpeluang untuk melihat kehidupan derita yang dialami oleh orang lain semasa anda membuat amal. 

Dengan itu, anda akan berasa puas hati dengan kehidupan anda sekarang, seterusnya ketidakbahagian dalam kehidupan anda akan dianggap sebagai perkara remeh sahaja.

Perbuatan amal itu tidak semestinya perlu adalah amal besar.

Walaupun hanya menyumbangkan beberapa buku kepada pelajar kawasan pendalaman atau menderma sebungkus makanan kucing kepada kucing terbiar sahaja, itu sudah memadai.


#5. Berani untuk jadi diri yang benar

                                     

Jangan berasa tidak yakin dengan diri anda dan sesekali berpura-pura untuk melakon di depan orang lain sedangkan personaliti atau perwatakan yang anda tunjukkan adalah tidak benar.

Dalam hal ini, anda perlu membuka minda anda untuk menunjukkan diri anda yang benar kepada orang lain tidak mengira apa tanggapan atau fikiran orang lain, janji tidak mencederakan orang lain.


#6. Menerima urutan

                            

Seperti yang kita ketahui, memang tidak boleh dinafikan bahawa urutan boleh merehatkan dan merelakskan seseorang dengan berkesan.

Oleh itu, kadang-kala anda boleh cuba untuk menerima urutan sama ada di kedai ataupun meminta orang sekeliling untuk mengurut anda.

Selain itu, anda juga boleh memainkan muzik ringan yang menenangkan semasa menerima urutan bagi meningkatkan kesan dan kecekapan urutan tersebut.

 

#7. Kurangkan rungutan

                          

Saya yakin bahawa setiap orang pasti pernah mengalami perkara yang tidak adil dalam kehidupan mereka. Kebanyakan orang yang memiliki pengalaman tersebut biasanya akan memilih untuk merungut.

Namun, merungut ini sebenarnya bukanlah satu tindakan yang bijak

Perbuatan ini sebenarnya tidak dapat mengubah apa-apa, malahan akan membuatkan anda semakin benci, marah dan tidak puas.

Seterusnya, emosi negatif tersebut juga mungkin mempengaruhi anda secara fizikal. Contohnya, segelintir orang akan sakit perut apabila emosi mereka terlalu besar.

Jadi, bertenanglah dan kurangkan mengeluh, lebih banyak bercakap tentang perkara yang positif seperti rancangan bersiar-siar pada hujung minggu dan sebagainya yang boleh membuatkan anda berasa gembira.


---------------------------------------------------------------------------------------


Setakat itu sahaja daripada saya, diharapkan cara-cara yang dikongsikan di atas ini dapat membantu untuk mengurangkan stres dan masalah tekanan mental anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi. 



Comments

Total Pageviews

Followers