※Tips Peperiksaan※ ▶Persediaan Sebelum Menduduki Peperiksaan◀



Pada waktu persekolahan, saya percaya bahawa setiap orang mesti telah mempunyai pengalaman peperiksaan yang tidak terkira-kira. 

Apabila tiba peperiksaan, adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan? 

Pada hari ini, blogger akan mengkongsikan tips tentang persediaan yang perlu dilakukan sebelum menduduki sesuatu peperiksaan.


#1. Kenal Pasti Masa dan Tempat Peperiksaan


Calon peperiksaan sewajibnya mengenal pasti maklumat peperiksaan dengan jelas terutamanya maklumat masa dan lokasi peperikasaan supaya tidak terlepas masa atau tersilap lokasi peperiksaan.


#2. Mencetak Dokumen Menduduki Peperiksaan


Biasanya, setiap peperiksaan mempunyai dokumen kemasukan atau tiket kemasukan yang tersendiri. 

Calon wajib memiliki dokumen tersebut semasa menduduki peperiksaan. 

Jika tidak, calon tersebut berkemungkinan besar akan dihalang untuk menduduki peperiksaan tersebut. 

Contohnya, calon STPM wajib memiliki kertas Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) untuk menduduki peperiksaan STPM. 

Oleh hal yang demikian, calon peperiksaan dicadangkan untuk mencetak dokumen kemasukan peperiksaan terlebih dahulu sebelum menduduki peperiksaan.


#3. Menyediakan Alat-alat Tulis dengan Lengkap


Beri perhatian kepada bekalan yang diperlukan untuk peperiksaan. 

Secara amnya, anda perlu menyediakan pensel, pen berbola, pemadam, pembaris dan sebagainya. 

Calon turut digalakkan untuk menyediakan alat-alat tulis yang berlebihan. Contohnya, anda boleh membeli beberapa pen sebagai pengganti.

Senarai Alat-alat Tulis untuk Kegunaan Peperiksaan

  1.  kad pengenalan
  2.  Slip peperiksaan
  3.  Calculator
  4.  Pensil warna
  5.  Pen biru, dan hitam jenis berbola 
  6.  Jangka sudut
  7.  Jangka lukis
  8.  Pembaris
  9.  Pemadam
  10.  Pensil

Selain itu, biasanya kotak pensil adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan. 

Maka, anda digalakkan untuk membeli jenis kotak pensil yang lut sinar seperti gambar yang ditunjukkan di bawah: 


Kotak pensil ini biasanya dibenarkan untuk dibawa masuk ke bilik peperiksaan kerana ia adalah lut sinar. 

Selain lut sinar, kotal pensil jenis ini turut memiliki satu poket yang boleh dimasukkan kad pengenalan.

Oleh itu, amat mudah untuk kita menyimpan dan menyusan alat-alat tulis kita dengan tersusun.


#4. Memakai Jam Tangan


Pelajar digalakkan untuk memakai jam tangan ke lokasi peperiksaan. 

Walaupun kebanyakan sekolah dan lokasi peperiksaan mempunyai jam, namun takut jam tersebut tiba-tiba rosak atau habis bateri.

Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajar yang mempunyai masalah penglihatan seperti mata rabun dan tidak nampak apabila duduk di hujung bilik peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, baiklah pelajar sediakan jam tangan masing-masing.

Ingatan: Lazimnya digital watch dan smart watch adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan. Jadi, sila elakkan kedua-dua jenis jam tangan ini.



#5. Rehat dan Tidur yang Mencukupi


Pelajar sekolah rendah digalakkan sekurang-kurangnya perlu tidur 10-11 jam sehari supaya tidak menjejaskan pertumbuhan badan mereka. 

Remaja juga harus tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam

Kekurangan tidur akan menimbulkan kesan buruk. Jika anda sentiasa tidak mendapat tidur yang secukupnya, lama-kelamaan kesihatan anda sudah tentu akan terjejas

Anda juga akan mengambil masa yang lama seperti beberapa minggu untuk memulihkan kembali keadaan badan anda.

Selain itu, jika anda tidak tidur dengan cukup, mungkin daya pemikiran anda akan menjadi lambat apabila menjawab soalan peperiksaan.


Ingatan: Jangan makan makanan yang mengandungi kafein atau perangsang 5-6 jam sebelum tidur (kecuali ubat perangsang yang ditetapkan oleh doktor tepat pada masanya, tanya doktor sebelum menukar pelan ubat). Makanan sebegini akan mengurangkan kualiti tidur, walaupun waktu tidur mencapai standard, mereka masih akan berasa kekurangan tenaga apabila bangun.


#6. Makan dengan Berkhasiat


Sarapan Pagi - Makan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, mee dan lain-lain + susu, sayur-sayuran, atau telur.

Makan tengah hari - Makan makanan yang berkalori supaya lebih bertenaga seperti daging, telur dan sebagainya.

Makan malam - Pilih makanan yang kurang minyak dan garam. Jangan makan terlalu banyak.


#7. Sediakan Sedikit Makanan dan Air Kosong ke Lokasi Peperiksaan


Jika peperiksaan mengambil masa yang lama, sediakan dan membawa sedikit makanan dan air kosong jika dibenarkan. 

Pilih makanan ringan yang mengandungi karbohidrat kompleks dan protein, seperti sandwich mentega kacang atau granola bars yang boleh membantu anda pulih tenaga apabila anda letih.


#8. Tiba Awal ke lokasi peperiksaan

Datang ke lokasi peperiksaan sekurang-kurangnya 20-30 minit lebih awal supaya mempunyai lebih banyak masa untuk mengatur pemikiran anda. 

Dengan cara ini anda boleh berehat dan tenang sebelum ujian bermula.


#9. Merelakskan diri


Apabila peperiksaan semakin hampir, calon biasanya akan gementar. 

Walaupun bidang psikologi mengatakan bahawa ketegangan sederhana akan membantu otak kita mengekalkan keadaan terbaiknya, tetapi jangan terlalu tertekan juga untuk mengelakkan prestasi tidak normal. 

Anda boleh menarik nafas dalam apabila gementar. 

Dalam tempoh masa ini, calon yang mempunyai semakan yang tidak mencukupi mungkin mempunyai idea untuk berhenti peperiksaan. 

Jangan mudah berputus asa, sama ada sebelum ujian atau di bilik ujian. 

Lagipun, anda telah menghabiskan masa dan tenaga yang lama untuk membuat persiapan yang gigih. 

Ingatlah, usaha tidak semestinya berjaya, tetapi jika anda berputus asa, anda pasti akan gagal. 

Jadi, tidak kira apa-apa jua keadaan, kita mesti berkeras untuk menghabiskan peperiksaan.


#10. Ingat untuk memakai cermin mata sekiranya perlu


Sekiranya calon peperiksaan mempunyai masalah penglihatan, jangan lupa untuk memakai cermin mata dari rumah

Jika tidak, mata anda akan berasa tidak selesa apabila menjawab soalan peperiksaan.

Hal ini sudah tentu akan mempengaruhi keadaan anda dalam menjawab soalan peperiksaan.


---------------------------------------------------------------------------------------


Baiklah, itu sahaja sedikit perkongsian yang tidak seberapa daripada blogger pada hari ini. Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan sedikit banyak manfaat kepada para pelajar.

See you next time.

Comments

Total Pageviews

Followers